TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Anemia, Diabetes & Baby Kurang Gerak.


December 22, 2014 11:32:00 AM

Ha... Hari ni nak cerita 3 benda yang belaku sepanjang pregnant ni. BTW, minggu ni dah 35weeks! Yeay. Anak mommy dah nak keluar lagi -5week lagi! Tak sabar tau!


Anemia
Mula-mula buat buku pink dulu (waktu kandungan 12 weeks), kemain HB cantik. Siap nurse puji-puji lagi. Masa tu aku dah dengar rugutan dari mom to be yang lain yang kena bebel sebab HB rendah.

Dari 12.5 - 12.6 - 11.7 - 9.8 - 9.8 - 10.3 - 10.3. Bila dah sampai 10.3 and HB tak naik-naik (dok statik situ je), nurse memang risau gila. Diorang sarankan ambik iberet folic disebabkan badan aku ni tak sesuai langsung dengan ion yang sembelit tu.

Gambar sumbangan Encik Google

Kalau baca dari kandungan iberet ni, ion telah diganti dengan Ferrous sulphate. Jadi takda la rasa nak muntah ke apa kalo telan iberet ni. Leceh oooo waktu trimester pertama mengadap morning sickness lagi, mengadap ion yang rupanya tak sesuai ngan badan aku. Al maklum anak first. Masuk trimester kedua baru tahu ion tu tak sesuai ngan badan. Sadis. =.='

Iberet ni boleh dibeli di farmasi berhampiran. Aku beli harga RM 35.00 kalau tak silap. Selepas 2 minggu menelan ubat merah ni, last-last sama je resultnya... Cuma naik 0.01+-. Cis... Tapi encik husband cakap, kalo tak telan langsung, lagi la rendah. Lagipun baby dah beshaq kan? (pandai2 je buat andaian sendiri - baby besar,HB low  ==')


Diabetes
Ha... Ni paling aku tak caya sekali. Lepas ujian MGTT yang minum air gula tu, terkantoi result 8.3. Apa lagi, setiap 2 minggu kena la buat BSP (yang ambik darah 4x tu). BSP ni leceh tau. 4x la kena gi klinik. Stakat ni baru sekali pegi buat BSP. Itu pun aku dah membebel kena datang klinik ambik darah malam-malam. Haish. Haish. Semua salah pemakanan diet yang tak seimbang. Ekekeke.

Jadi, sebagai GDM dan redha dengan diabetes in pregnancy ni, aku tetap teruskan makanan macam biasa. Cuma coklat tu tak boleh nak kontrol. Menagis melalak-lalak kot kalo tak boleh makan. Sensitip betul mak boyong ni sekarang. Sampai husbank pun dah tegur , "nak gurau skrg dah tak boleh dah.... sensitip sekarang..." Huhuhuu


Dua hari lepas nampak ada orang nak let go set accu-check ni dengan harga RM50. Mak aih, murah tuuu... Terus grab. Takot orang lain ambik. :P

Lega sikit kalo boleh buat BSP kat tempat keja dan rumah, kan? So far ada 2 kali je result tak cantik. Walaupon nurse tak pernah pun check result gula aku tu, tapi aku still buat BSP 2 minggu sekali. Sayang anak oi.... Lagi pun, dah hujung-hujung ni aku kerap pulak pening. Pernah aku nak pitam waktu tengah masak. Seb baik husband macam superman sambut aku. Heh....


Baby Kurang Gerak.
Cerita ni masa 5 Nov baru ni. Baby pagi tu macam tak aktif. Tak bangun-bangun. Pukul 9 macam tu, husband dah risau. Sebab biasa waktu pagi2 husband hantar aku gi keja, dia dah berjoget-joget kat dalam tu. Tapi ni senyap je.

Husband goyang-goyang perut. Tak bangun langsung. Last-last aku usap sikit, kick sekali. Pastu senyap. Sampai pukul 5 macam tu. Hanya kick sekali sejam, kadang2 dua jam sekali. Itu pun sekali kick. Takda tendang bertalu-talu macam sebelum ni.

Apa lagi, menuju la ke Hospital Sungai Buloh. Ya Allah, rasa nak nages dalam tu. Sebab servis yang lambat. Masuk pukul 6 petang. Pukul 10 malam baru buat CTG (alat check jantung baby tu). Waktu tu pun baby dah mengamuk tendang-tendang mummy dia. =.='

Aku mintak balik waktu lepas jumpa doktor pukul 2 pagi. Itu pun doktor tu 'macam' suggestkan balik. Masa tu aku pikir, 'peh, baby tak gerak, CTG je ke buat? takda scan?'

Bila doktor lain dapat tahu aku nak balik, dia tanya aku "puan nak balik ke?". Aku soal la balik, "dah doktor cakap boleh balik. of coz la sy nak balik."

Then doktor tu macam tak puas hati. "Kita memang benarkan balik kalo patient konpiden dgn pegerakan baby."

Aku terpikir time tu, sejak bila doktor sorang lagi tu ada tanya pasal konpiden? Dia cuma cakap 'dah boleh balik ni...'

Then doktor yang mempersoalkan aku tu tanya pada doktor satu tu. "Dah scan belom.?" "Eh mana boleh macam tu. Kena scan dulu... bagi patient puas hati".

Know what, nak scan pun tak tahu. Lepas datang doktor yang mempersoalkan aku nak balik tu, ajar cara pengang benda alah scan tu, baru aku tahu, yang doktor ni memang tak payah la jadi doktor.
Doktor tu la tunjukkan jantung, kepala, kaki baby, and check air ketuban aku.

Aku keluar dari Hospital Sungai Buloh pada jam 4pagi dengan rasa kecewa dengan servis hospital macam ni.

Cup! Cup! Aku pernah tahan wad di Hospital Sultanah Aminah Johor, doktor ngan nurse bagi servis tiptop kot....! Aku paham je wad bersalin Hospital Sungai Buloh ni crouded sebab tu kena sign agreement tunggu 48 jam untuk dapat wad.

Tapi aku tak paham, kenapa letakkan hanya 2 doktor dikawasan tu? Itu aku belom cerita pengalaman tunggu kat situ, sampai terberanak 2 orang! Fuhhh! Dasyat.

So solution kitaorg laki bini, nak bersalin kat Hospital Selayang. Kalau aku turun tanda kat opiz, hospital terdekat HKL. Seboleh-bolehnya nak bagi anak dapat warganegeri selangor. Tawas la, mawas la apa lagi ntah kelebihan anak selangor ni. Errrr....

**********************************************************************

Sekarang, nak gi kerja pun malas. Harap sangat baby keluar awal... Muahahaha... Boleh cam tu?

Labels:

1 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)