TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Pengalaman Melahirkan Raden Amanda Ezzara


February 26, 2015 1:46:00 PM
Fuh... Hari ni dah 48 hari Zara lahir... Baru ada masa nak tulis blog. Harapnya belom cerita lapuk lagi.

Alkisahnya, 14 January tarikh sepatutnya aku check in hospital. Kira serah diri la. 14 Jan tu genap 38 weeks. Biasa la, GDM on insulin memang bersalin awal. Tapi pada petang 8hbln tiba-tiba seluar aku basah.
Aku tanya husben aku, "eh terkencing ke?". Husben aku cakap air ketuban kot.

Mula-mula tu cam konpius, nak pegi hospital ke tak. Sebab baby bukan main sakan lagi tendang kat dalam. At the end aku pegi jugak hospital petang tu. Then bila check air ketuban aku tinggal 4 je. Terpaksa tahan. Dan kena induce.

9 haribulan aku baru dapat katil. Induce pertama jam 7pagi tak silap aku. Masa tu bukaan hanya 1cm. Sadis. Lepas masuk ubat tu aku kena tunggu lagi 6jam. Dan sepanjang 6jam tu tak sakit langsung. Aku try la berjalan-jalan supaya bukaan banyak sikit.

Pukul 4 macam tu, doktor datang lagi check bukaan. Know what hanya 2cm. Doktor tu macam tau-tau je aku frust. Then dia cakap, "Dont worrry. U punya dinding sudah lembut. Gud news". Lepas tu dia masukkan ubat tu. Ha start je masuk, sakit contaction tu terus datang. Bayangkan la pukul 6-7 mlm cam tu aku dah melalak-lalak nagis. Macam mana aku nak tunggu pukul 7 esok? (diorg assume pukul 7 esok aku dah full bukaan).

Pukul 10 malam tu serba tak kena. Last-last aku mintak pain killer. Sebelum dapat pain killer, aku nages-nages whatapps husben aku yang konunnya aku bakal mati dengan sakit ni.. Wua, drama habes!

Husben aku lagi la, terus gelisah malam tu. Sulat hajat semoga dipermudahkan.

Esoknya (10hbln) pukul 6 aku terjaga bila rasa ada something panas keluar. Terus aku panggil nurse yang kebetulan ada kat situ. Bila doktor check dah 4cm. Doktor dah suruh aku diusung ke labour room. pukul 8 aku nages-nages call husben aku tunggu kat depan hall dewan bersalin tu. Bila-bila masa akan dipanggil.

Aku dah tak tengok jam dah. Air mata dah kering tahan sakit. Sakit yang teramat. Aku rasa bawah tu macam nak pecah!

Setiap kali contraction datang, automatik rasa nak teran. Nurse suruh sabar. Sedut gas pelali. (sakit sangat sampai tak rasa lali pun). Lastly aku menjerit kat nurse yang aku tak leh control lagi. Dah terteran sendirinya. Bila nurse check dah 7cm.

Masa tu aku dapat rasa yang nurse tolong bukakkan.

Aku tak ingat berapa kali push. Tapi Tuhan je tahu macam mana payahnya nak push tu. Doktor puji aku pandai push. Cuma waktu tu baby aku leh tido.. =.='

Nurse goncang-goncangkan perut sebelum dia tolak kebawah. Push... Push... Ada waktu aku jadi letih yang amat. Nurse ambik tangan kiri aku.

"Anak awak dah kat bawah dah ni. Ni, rasa tak kepala anak awak?"

Terus push. Nah berdesup keluar..

Kesan meneran lama, kepala anak aku lonjong. Muahahaha.

Alhamdullilah. Raden Amanda Ezzara lahir pada jam 10.40pagi. Lahir secara normal - 37 weeks (tak ingat berapa days). Berat lahir 2.47kg je. Techik je anak aku ni. hahaha.

Minggu pertama kelahiran dia sangat la mencabar. Keluar masuk hospital. Prolog jaundis. Dengan G6PD lagi. Nages bersama husben. Sedih oi, tengok tangan budak ni asyik kena cucuk. Kalau la boleh ganti ngan tangan aku je...



Zara - Sebulan lebih. Comel betul anak aku. Muahahaha!


Nota kaki : Betul orang cakap, anak tu rezeki. Melimpah-limpah rezeki zara ni start dari hari pertama zara lahir. Alhamdullilah. Mummy ngan daddy sayang zara sangat.

Labels: , ,

0 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)