TheMasheStoryLand™

The Disclaimer




Assalamuaikum. Please be nice here. You're allowed to comment here as long as you're not cursing.
usya belog(s).

Travel This Site



❤ My Family ❤

Khayalan

Klik gambar untuk ke blog kedua.
The Past Story

The Past is Past. It's a 'memory'.


Credits


Thanxs to All This People
The header : Muhd Zahari
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some toturial from :
Nurul Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Mashe 2010 - 2017
Ntah Apa Apa


March 15, 2016 4:47:00 PM

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak tau nak start macam mana. Taip. Delete. Taip. Delete.

Tercetusnya aku nak menaip panjang ni disebabkan, tetiba ja aku teringat benda-benda lama. Korang pernah tak satu time tu kadang-kadang dia mai berdesup je kenangan tu. Padahal kita tengah makan la, tengah berak la. Means, kita tak pernah terpikir saja-saja nak #throwback pun.

Ada masa kenangan yang berdesup datang tu, kenangan-kenangan yang tak best, contohnya bila ada lagu Alyah - Kisah Hati, aku outomatik teringat kat ex . Why? sebab lagu ni la aku melalak sakan lepas break dengan dia. Muahahahaha.

Aku tak tahu macam mana aku nak buang dari kotak memori aku ni? Kalau phone/PC, kita format terus je. Hah, senang. Tapi bila Allah jadikan manusia ni ada memori, tak suka betul aku dengan memori yang libatkan ex. Sapa suruh ex ramai kan? Muahahaha.

Kadang-kadang, aku pikir seronok jadi orang yang terus pertama kali bercinta dan kawen terus dengan orang tu. Aku tak tahu la isteri lain, tapi aku ni kadang-kadang tanya jugak pasal ex husben aku. Bukan nak cari gadoh, just nak dengar story mory kisah dia dedulu.

Husben aku pernah bercinta dua kali. Means sebelum aku, ada sorang. Aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya, aku siap pegi cari facebook pompuan tu. Just nak tengok as a stalker. Kadang-kadang aku rasa diri ni looser sangat dok cari benda-benda yang dulu.

Sama la situasinya, aku dok baca apa yang aku karang dulu-dulu kat blog ni. Al-kisahnya, tiba-tiba berdesup teringat yang aku pernah ada hot blog dulu-dulu. Muahahaha

Bila aku check balik komen-komen yang pernah masuk kat blog aku ni, rasa seronok ja. Ada setengah blogger yang masih keep in touch kat twitter, instagram dan facebook.

Yang lagi tak boleh blah nya, bila baca karangan aku dulu-dulu. Aku rasa nak delete ja satu-satu. Ntah apa-apa. Poyo. Yang komen-komen tu pun melayan je ke-poyoan aku. Haha >.<

Kbai.


0 ♥ Comment

Terima kasih kerana sudi membaca =)